Terma & Syarat Am Gold Resources
Terma dan Syarat
A. Pembelian Emas dan Perak Bersama AmgoldPembelian emas dan perak terbahagi kepada dua iaitu secara Tunai dan Ar Rahnu:
1. Pembelian Tunai.
-Tempahan boleh dibuat melalui laman web di icon “DAFTAR DAN BELI” atau hubungi terus pejabat urusan amgold atau pengedar-pengedar berhampiran.
-Pihak amgold akan menghubungi pelangan untuk mengesahkan tempahan yang telah dibuat.
-Bayaran penuh hendaklah di bayar ke akaun syarikat iaitu:
Am Gold Resources
Maybank Akaun 514114446374
-Proses penghantaran terus kepada pelangan mengambil masa dalam 3 hari setelah pengesahan bayaran dilakukan.
2. Pembelian Secara Arrahnu
-Tempahan/Pembelian sekurang-kurangnya adalah sebanyak 200gram emas
-Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi pejabat urusan amgold atau pengeda-pengedar yang berhampiran.
-Bayaran deposit sebanyak RM500 untuk pelangan di Lembah Kelang dan RM1000 di luar Lembah Kelang hendaklah dibayar ke akaun syarikat.
-Pihak amgold akan menghubungi pelangan untuk mengesahkan tempahan yang telah dibuat.
-Transaksi Ar Rahnu hendaklah dilakukan di dalam tempoh 3 hari dari tarikh tempahan.
-Pihak amgold akan menghantar emas melalui bahagian operasi/pengedar terus kepada pelangan di bank. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan terus di bank setelah emas di sahkan ketulinan dan berat oleh pihak bank.
-Wang pendahuluan/deposit tidak akan dikembalikan oleh pihak syarikat sekiranya pihak pelangan gagal hadir pada tarikh yang telah dijanjikan.
B. Pendaftaran Sebagai Wakil Pengedar Sah Amgold
Pihak pengurusan amgold mengalu-galukan anda untuk menjadi wakil sah amgold. Syarat-syarat sah adalah seperti berikut:
1. Berumur 18 tahun ke atas, jujur dan amanah.
2. Pendaftaran sebagai pengedar akan melayakan mendapat diskaun sebanyak RM5/gram daripada harga runcit amgold.
3. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web di bahagian bawah page “Pengedar Sah Amgold” atau hubungi terus pejabat urusan amgold atau pengedar-pengedar berhampiran.
4. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM500 (promosi terhad). Boleh dijelaskan ke akaun syarikat. Nama pengedar akan terpapar di bahagian senarai sah pengedar amgold di bahagian ‘Senarai Sah Pengedar”
5. Pengedar akan dibekalkan kad nama, baju koprat, flyers,booklet serta faedah-faedah lain seperti pengiklan di suratkhabar dan majalah.
6. Jualan terkumpul oleh pengedar sebanyak 1000gram akan melayakan pengedar untuk menjadi pengedar kanan dan akan mendapat diskaun sebanyak RM8/gram dari harga runcit amgold.
7. Pengedar dilarang sama sekali menjual dengan harga lebih tinggi dari harga runcit amgold yang dipamerkan setiap hari di website.
8. Nama, produk dan resit amgold adalah dilarang sama sekali disalahgunakan. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya pembelian yang tidak mempunyai resit sah amgold atau produk yang bukan keluaran sah amgold.
9. Segala syarat amgold haruslah dipatuhi dan pihak syarikat akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika terdapat laporan yang dibuat.




